Saturday, January 14, 2017

Jawatan Kosong MIROS - 22 Feb 2017

Tags

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi Jawatan Kosong MIROS Januari 2017 seperti berikut.

  1. Research Officer Grade Q41
  2. Social Research Officer Grade Q41
  3. Administrative Officer Grade N41
  4. Research Assistant Grade Q19
  5. Assistant (Clerical / Operation) Grade N19


Mengenai MIROS




Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan di Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti untuk penjanaan penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalaran raya.

Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas untuk merumuskan strategi baru, undang-undang, dasar, dan langkah-langkah penguatkuasaan, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.

Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa dan badan-badan swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, bertindak sebagai pusat sehenti bagi penjanaan dan penyebaran maklumat keselamatan jalan raya.

Fungsi


  • Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang akan ditafsirkan menjadi dasar keselamatan jalan raya;
  • Membangunkan objektif, dasar dan keutamaan nasional untuk pembangunan dan pengurusan penyelidikan keselamatan jalan raya yang tersusun;
  • Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baharu dalam isu isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya;
  • Berperanan sebagai agensi audit dan akreditasi dalam reka bentuk kurikulum dan piawaian berkaitan dengan keselamatan jalan raya;
  • Mengusulkan intervensi/program berasaskan bukti yang cekap dari segi kos;
  • Berperanan sebagai pusat pengetahuan dan penghubung berkaitan dengan keselamatan jalan raya; Berperanan sebagai pusat rundingan dan nasihat tentang isu-isu keselamatan jalan raya.


Cara Memohon Jawatan Kosong MIROS


Pemohon perlu mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS di bawah..

Sertakan salinan sijil-sijil seperti berikut:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini;
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM;
  • Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusatpusat pengajian tinggi;
  • Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
  • Surat pelepasan biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
  • Sijil pendaftaran calon kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan)
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sekiranya masih dalam perkhidmatan Kerajaan dan disertakan bersama Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir serta Kenyataan Perkhidmatan.


Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Urus Setia Pengambilan Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Maklumat lanjut Jawatan Kosong MIROS boleh didapati disini.


EmoticonEmoticon